PROGRAM DANA PENGAJIAN TINGGI TIC OUTREACH & SEMINAR READY JOBS, BUSINESSES (RJB) LEPASAN SPM 2015

TAJ International College (TIC) akan mengadakan program Dana Pengajian Tinggi TIC Outreach & Seminar Ready Jobs, Businesses (RJB) Lepasan SPM 2015 pada 22 April 2016. Program ini akan berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Dewan Bankuet, TIC.

Program ini akan disertai pelajar-pelajar lepasan SPM dari Kuala Muda Yan, Perak Tengah, Hilir Perak dan Kinta Utara. Para peserta bakal didedahkan dengan kupasan isu semasa, halatuju pendidikan dan pekerjaaan, persediaan untuk pasaran kerja dan lain-lain topic yang bakal memberi cetusan minda khususnya buat barisan belia ini.

Satu majlis penyerahan wang zakat kepada mahasiswa di TIC dari golongan Asnaf yang terpilih untuk juga akan berlangsung di penghujung seminar ini. Penerima zakat ini adalah pelajar-pelajar dari golongan Asnaf yang terpilih.

Seminar ini turut dihadiri Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Negeri Perak, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, wakil Persatuan Taska Perak, wakil Persatuan Usahawan Spa Perak serta rakan-rakan media.

dana tic + rjb-01