Frequently Asked Questions (FAQ)

  1. Apa itu TIC?
    TIC atau TAJ International College merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang berprestij terletak di Ipoh, Perak. Ditubuhkan ada tahun 1996, TIC menawarkan pelbagai program dari peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. TIC juga telah menerima anugerah 4 bintang dari TERAJU sebagai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi. TIC juga merupakan Pusat Wilayah Perak bagi program UNITAR International University dan UKM Cesmed.
  2. Mengapa TIC menjadi pilihan lanjutan pelajaran anda?
    TIC menyediakan pilihan program yang memenuhi kriteria pasaran pekerjaan semasa dengan yuran pengajian yang amat berpatutan. Disamping itu, tempoh pengajian yang singkat juga memenuhi kehendak pelajar yang membolehkan mereka memasuki pasaran kerja lebih awal berbanding graduan lain.
  3. Bagaimanakah suasana kampus dan kemudahan di TIC?
    Kampus di TIC dilengkapi peralatan moden dan terkini. Suasana pembelajaran juga sangat kondusif dan tenang. TIC menyediakan kemudahan lengkap untuk pelajar seperti makmal komputer, kafe dalam taman, bilik kuliah yang selesa, perpustakaan, pusat rekreasi pelajar seperti gelanggang futsal, padang bolasepak, kemudahan gym dan sebagainya. Pelajar juga disediakan dengan kemudahan asrama yang terletak berdekatan dengan kawasan kampus dan kemudahan pengangkutan.
  4. Kemudahan-kemudahan awam di sekitar TIC?
    TIC berhampiran dengan prasarana awam seperti bank, stesen bas dan KTM, perpustakaan awam, restoran, rumah ibadat, kompleks membeli belah dan jabatan-jabatan kerajaan. Ipoh juga menawarkan pelbagai tempat tarikan pelancong, antaranya Taman Tema ‘The Lost of Tambun’, Sunway Extreme Park, Muzium Darul Ridzuan, Taman Jepun dan lain-lain lagi.
  5. Apakah bentuk pembiayaan yang disediakan?
    Antara pembiayaan yang disediakan seperti PTPTN, MARA, FELDA, KWSP, Baitulmal, Maju Institute of Educational Development (MIED) and Yayasan Negeri bagi setiap negeri. Dana Al-Ehsan juga disediakan untuk pelajar yang layak serta kurang berkemampuan. TIC juga turut menawarkan ‘Biasiswa Pendidikan’ serta ‘Biasiswa Asrama’ bagi yang layak.
  6. Bagaimana kalau saya sakit dan memerlukan rawatan?
    TIC akan memberikan ‘Kad Medikal Perubatan’ insurans percuma kepada pelajar. Para pelajar boleh mendapat perkhidmatan di hospital swasta dengan kos perubatan akan ditanggung oleh pihak insurans.
  7. Apakah bentuk sistem pembelajaran yang diterapkan di TIC?
    TIC memberikan nilai tambah kepada pelajar dengan menyediakan sistem pengajian terkini e-Learning yang dikenali sebagai LMS. Setiap nota kuliah, e-book, jadual turut dimuatkan dalam sistem ini. Pensyarah yang berpengalaman serta MESRA pelajar sentiasa membimbing dengan mewujudkan jadual ‘Consultancy’ khas yang diberikan. Salon dan Spa, Bengkel Automotif serta Makmal Simulasi Pendidikan Awal Kanak-kanak juga dibina untuk subjek praktikal dan kelas amali.
  8. Adakah jaminan kerjaya terjamin selepas tamat pengajian di TIC?
    Menerusi latihan industri yang disediakan, pelajar didedahkan dengan situasi dunia pekerjaan yang sebenar bagi menambah pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Kerjasama dengan pelbagai syarikat-syarikat terkemuka juga merupakan antara jaminan di TIC. TIC juga turut menjalankan usahasama bersama Pusat Kerjaya dan syarikat industri untuk penempatan kerja.
  9. Adakah program jarak jauh ditawarkan di sini?
    TIC ada menyediakan program jarak jauh bagi Diploma dan Ijazah Sarjana Muda kepada golongan bekerja.
  10. Apakah tahap keselamatan di TIC dan kawasan persekitaran terjamin?
    TIC amat menitikberatkan tahap keselamatan para pelajar. Sebilangan pelajar yang tinggal di asrama adalah dibawah pengawasan warden yang bertugas 24 jam setiap hari.
  11. Apakah struktur ko-kurikulum yang dipraktiskan di TIC?
    TIC menawarkan kaedah pembelajaran ko-kurikulum yang berteraskan industri pekerjaan pada masakini. Para pelajar berada di dalam tahap kompetensi yang tinggi dalam meraih pekerjaan yang sesuai dengan mereka setelah tamat pengajian.
  12. Adakah nilai-nilai keagamaan diterapkan di TIC?
    TIC didalam objektif membangunkan modal insan kamil amat menitikberatkan hal-hal keagamaan di dalam diri pelajarnya. TIC baru-baru ini telahpun menubuhkan Pusat Islam TIC bagi memenuhi aktiviti-aktiviti keislaman di TIC. Konsep pembangunan ilmu agama adalah selari dengan pencarian ilmu dunia.
  13. Bagaimanakah dengan kos sara hidup di TIC?
    TIC menawarkan yuran yang berpatutan dengan kos sara hidup yang rendah di Ipoh. TIC juga menyediakan kafe dan kiosk yang menawarkan harga yang berpatutan. Dengan hanya RM10 sehari sahaja, pelajar boleh menikmati pelbagai menu dari sarapan, tengahari dan malam.
  14. Adakah penginapan pelajar turut disediakan?
    TIC menyediakan penginapan pelajar yang berkaitan dengan kampus yang hanya mengambil masa 3 minit berjalan kaki. Kemudahan asrama yang selesa serta kawalan keselamatan 24 jam. Kemudahan asrama yang lengkap dan caj yuran minima TANPA deposit.
  15. Bagaimana pengiktirafan program di TIC?
    Kesemua program TIC melalui proses pengiktirafan oleh MQA dan JPA. Program diploma TIC mendapat pemantauan khas dari Lembaga Akademik Universiti Sains Malaysia (USM). TIC juga mendapat pengiktifan dari dalam dan luar negara.
  16. Apakah halatuju saya selepas tamat pengajian di TIC?
    Selepas tamat pengajian diploma, pelajar boleh menyambung terus pengajian ke peringkat ijazah di bawah kerjasama UNITAR di TIC atau mana-mana IPTA/IPTS lain dengan tempoh masa yang singkat. Bidang kerjaya juga cerah kerana di TIC, pelajar turut diterapkan dengan latihan praktikal dan industri semasa. TIC juga bekerjasama dengan SME Bank yang menawarkan modal kepada siswazah yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan.