Festival of Colours of the World – FESCO 2016

Dewan Chancellor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), 16 April – Festival of Colours of the World (FESCO) 2015, telah diadakan untuk mempamerkan bakat dan kemahiran pelajar dan menghargai pelbagai budaya di Malaysia. Acara ini telah diberi penghormatan dengan kehadiran YB Dato Norlee Radzi exco kebudayaan dan pelancungan Negeri Perak, Pengarah Perancangan Dasar dan Penyelidikan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan, Tn. Hj. Mohamed Noor Rosli bin Baharom, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Encik Nordin Bin Abdolatip, Penasihat FESCO 2016 serta staf UTP dan pelajar. Persembahan dari pelajar tarikan utama acara dan kemasyhuran UTP Gajjdi Jawani, Gamelan Kumpulan Sanggar Kirana dan UPAG Group menambah lebih banyak warna ke dalamnya. Agenda seterusnya adalah majlis penyerahan watikah keahliah FIDAF oleh Dato Norlee Radzi. FESCO ini berada dipersada seni selama 9 tahun dan ini merupakan tahun ke6 TIC menyertai festical ini dan telah ditawarkan untuk menjadi ahli FIDAF secara percuma. Dengan penyertaan seramai 25 pasukan keseluhannya yang menyertai festival ini, UNITAR campus Putrajaya telah menjuarai bagi ketogori IPTS, UNIMAS bagi kategori IPTa, dan SK Putrajaya present 9 (1) bagi ketegori sekolah rendah.

 

Tujuan festival ini adalah untuk terus memertabatkan seni dan budaya dan hanya UTP satu-satunya institute pendidikan yang masih mempertahankan tradisi ini kerana, ia merupakan salah satu sabang pembelajaran dan pendedahan kepada pelajar mengenai kebudayaan sendiri selain dari JKKN sendiri memertabatkan kebudayaan ini supaya ia tidak pupus ditelan zaman dan kelangsunggan kegiatan ini juka telah mengiktiraf ia sebagai aktiviti tahun sekolah dan institute itu sendiri untuk membuat persediaan dan memperkasakan seni budaya ini.

 

Tarikh Festival : 16 April 2016

Latihan bermula : 1 Mac 2016

Latihan Tamat : 15 April 2016

Tempat Latihan : DEWAN UTAMA TIC

Jumlah Terlibat : 10 orang (termasuk jurulatih dan teknikal)

Konsep : Tarian Rampaian dan Tradisi Melayu Malaysia.

Lokasi Festival : Dewan Chancellor, UTP Tronoh.

 

Pelaksaan ini telah Berjaya dengan teratur dan tercangan dengan kerjasama yang telah diberikan oleh Puan CEO TIC sendiri untuk melaksanakan dan memastikan festival berjalan dengan jayanya.