TIC
*PROGRAM TVET PROFESSIONAL IPOH & OPEN DAY TAJ INTERNATIONAL COLLEGE (TIC)*
PROGRAM TVET PROFESSIONAL IPOH & OPEN DAY TIC telah dilangsungkan dengan jayanya pada 10 Julai 2023 (Isnin) bertempat di TT Hall TIC yang memfokuskan program TVET untuk ditawarkan kepada para pelajaran lepasan SPM.
Seramai hampir 200 orang tetamu telah hadir ke program yang terdiri daripada para warga pendidik, industri, agensi-agensi kerajaan, institusi pendidikan, pelajar-pelajar TIC, pelajar-pelajar sekolah, ibu bapa, pelajar lepasan SPM, orang awam dan lain-lain lagi. Program ini dirasmikan oleh Tuan Mohamad Hamidi bin Baharuddin, Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Selain itu, upacara penyerahan Kolaborasi Strategik turut dilaksanakan kepada Rakan-rakan Industri, Rakan Belia dan Rakan-rakan Industri Pendidikan. Gabungan kerjasama kolaborasi ini mampu membentuk pelajar-pelajar yang berkualiti, berdaya saing, dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Program TVET Ipoh merupakan inisiatif yang sangat penting dalam mempersiapkan generasi muda dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan dengan pasaran pekerjaan semasa. Objektif program TVET Professional Ipoh ini adalah untuk merealisasikan penempatan pelajar dalam bidang TVET di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 yang selaras dengan konsep bandaraya Ipoh sebagai bandaraya TVET.