TAJ International College (TIC) akan menganjurkan Education Fairbertempat di Mydin Mall Meru, Ipoh, Perak. Program ini akan berlangsung pada 13 hingga 15 Mei 2016, jam 10 pagi hingga jam 10 malam. Bagi Lepasan SPM, Lepasan STPM, Lepasan Diploma atau Lepasan Matrikulasi/Asasi, anda dijemput untuk hadir ke sana. Perunding Pendidikan TIC akan bersedia untuk memberi nasihat pendidikan kepada mana-mana pelajar. TIC menawarkan program Sijil, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) danDiploma. TIC yang juga merupakan UNITAR International University Perak Regional Centre turut menawarkan pengajian di peringkat Ijazahdan Sarjana. Bagi mengangkat martabat pendidikan di Malaysia, TIC turut menawarkan bantuan kewangan serta dermasiswa bagi program-program yang terpilih. Pemberian Dana Pengajian Tinggi TIC OUTREACH diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar dari keluarga sederhana dan Asnaf agar mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan, khususnya pengajian tinggi yang mampu memberi ruang dan peluang kepada anak-anak bangsa mengubah masa hadapan mereka. Untuk pertanyaan, sila hubungi melalui Whatsapp ke 0143690263 / 0124576437 / 0105256347.
A photo posted by TAJ International College (@tajcollege) on