Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, 3

Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif. Setelah tamat kursus ini, pelajar boleh pilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, bekerja atau mengoperasi perniagaan sendiri.