TAKLIMAT KERJAYA & DANA PENGAJIAN TINGGI TIC OUTREACH BERSAMA MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH PERAK TENGAH & PPD PERAK TENGAH

13147829_1044674368957030_6187373548519879709_o

Satu perkongsian ilmu telah dijalankan bersama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Perak Tengah serta PPD Perak Tengah. Antara sekolah yang terlibat adalah;

SMK Sultan Muhammad Shah,
SMK Sultan Muzaffar Shah 1,
SMK Sultan Abdul Jalil Shah,
SMK Layang-Layang Kiri,
SMK Changkat Lada,
SMK Lambor Kiri,
SMK Sungai Ranggam,
SMK Seri Iskandar,
SMK Iskandar Shah,
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub,
SMK Dato’ Seri Maharaja Lela,
SM Teknik Seri Iskandar,
SMKA Sultan Azlan Shah,
SM Raja Dr. Nazrin Shah,
MRSM Pasir Salak,

Bagi pelajar-pelajar Lepasan SPM & Lepasan STPM dari sekitar daerah Perak Tengah, mereka boleh mengenali TIC dengan lebih lanjut bukan sahaja melalui laman sesawang www.tic.edu.my , malahan mereka juga boleh merujuk kepada guru kausnseling masing-masing. TIC yang menawarkan program-program Sijil, Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma, Ijazah dan Sarjana mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam mendapatkan pekerjaan. TIC kini memperkenalkan program-program bersifat kemahiran bagi mengangkat program Technical Vocational Education and Training (TVET) yang semakin mendapat tempat dalam sektor perindustrian.

Bagi mengangkat martabat pendidikan di Malaysia, TIC turut menawarkan bantuan kewangan serta dermasiswa bagi program-program yang terpilih.  PemberianDana Pengajian Tinggi TIC OUTREACH diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar dari keluarga sederhana dan Asnaf agar mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan, khususnya pengajian tinggi yang mampu memberi ruang dan peluang kepada anak-anak bangsa mengubah masa hadapan mereka.

Layari laman sesawang www.tic.edu.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program dan dana pendidikan yang ditawarkan.