Kursus Pengajian Usuluddin

PENGENALANSTRUKTUR KURSUSMODULSYARAT KEMASUKANJADUAL PROGRAMYURAN PENGAJIAN
Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

OBJEKTIF
Kursus jangka pendek pengajian awam diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu Usuluddin kepada masyarakat awam.

Program yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat dalam disiplin pengajian Usuluddin. Peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan berbagai aspek yang terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari sudut perkembangan sejarah dan yang relevan masa kini.

Kursus ini sangat berguna, kerana peserta-peserta dapat sama-sama mengikuti dan memahami perkembangan semasa dan dapat meningkatkan tahap pemikiran terutama dalam soal yang berhubung dengan Usuluddin.

Kursus ini ditawarkan dalam 3 Modul (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3) yang berasingan. Pelajar diminta memilih mana-mana modul yang ingin diikuti terlebih dahulu tetapi sebaik-baiknya dimulakan dengan Modul 1. Pelajar yang tamat mengikuti mana-mana modul dan ingin mengambil modul yang berikutnya perlu memohon sekali lagi. Setiap modul akan dianugerahkan sijil kursus.

TEMPOH PENGAJIAN

Kursus dijalankan secara separuh masa selama 4 bulan bagi satu modul iaitu 32 jam kuliah keseluruhannya.

  • Modul 1
    1. Asas Akidah | Huraian tentang konsep asas dalam akidah Islam yang merangkumi konsep tauhid, nubuwah dan ahli sunnah wa al-jama’ah serta hubungan di antara akidah dan syariah.
    2. Pengajian Tafsir | Huraian tentang pengajian tafsir al-Quran yang merangkumi definisi tafsir, bentuk-bentuk tafsir, ciri-ciri kelayakan membuat penafsiran ayat-ayat al-Quran dan pembahagiannya kepada aliran-aliran seperti al-Ma’thur dan al-Ra’y.
    3. Pengajian Hadis | Huraian tentang konsep serta istilah yang berkaitan hadis, kedudukan dan peranan al-Hadith dalam Islam serta sejarah ringkas mengenai penulisan, pembukuan al-Hadith dan Ulum al-Hadith, pembahagian al-Hadith dari beberapa aspek, faktor-faktor penolakannya serta metode-metode periwayatan al-Hadith dan adab-adabnya.
    4. Sirah Rasulullah | Huraian tentang sirah Rasulullah bermula dari kebangkitan baginda sebagai Rasul sehingga kewafatan baginda serta kesan dan bentuk teladan yang boleh diaplikasikan oleh setiap individu muslim atau lebih dikenali sebagai fiqh al-sirah.
  • Modul 2
    1. Pemikiran Islam | Huraian tentang kedudukan akal dan Islam, konsep pemikiran Islam, perkembangan ilmu-ilmu warisan Islam dan peringkat perkembangannya serta sumbangannya dalam isu-isu pemikiran moden.
    2. Akhlak Islam | Huraian tentang konsep akhlak yang berintipatikan al-Quran dan al-Sunnah serta akhlak Rasulullah s.a.w sebagai suatu sistem dan budaya hidup kepada pembinaan masyarakat Islam yang cemerlang.
    3. Asas Dakwah | Huraian tentang isu-isu dasar di dalam dakwah khususnya melibatkan hukum berdakwah, metode dan peringkat dakwah serta pendekatan dakwah dalam masyarakat di Malaysia.
    4. Asas Akidah II | Huraian terhadap beberapa bahagian penting dalam perihal akidah yang merangkumi konsep Sifat-sifat Allah, al-Nubuwwah, al-Risalah, al-Qada’ dan al-Qadar berdasarkan pandangan para ulama’ Salaf dan Khalaf.
  • Modul 3
    1. Tasawuf | Huraian tentang konsep tasawuf berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, tasawuf yang bersifat falsafah, perkembangan tariqah sufi dan faktor-faktor yang berkemungkinan menjadi penyebab kepada berlakuya penyelewengan tasawuf.
    2. Perbandingan Agama | Huraian merangkumi aspek keagamaan dalam masyarakat pelbagai etnik dan agama yang merangkumi falsafah ketuhanan, sumber hukum, syariat dan sosio-budaya suatu bangsa serta agama.
    3. Aliran Pemikiran Islam | Huraian tentang aliran pemikiran Islam yang merangkumi sejarah gerakan pemikiran Islam seperti aliran Tradisionalis, Modenis, Reformis, Tajdid dan Sekularis dan Adab al-Ikhtilaf serta fenomena pelampau agama.
    4. Falsafah Islam | Huraian merangkumi sejarah dan definisi falsafah Islam, tokoh-tokoh falsafah Islam dan pandangan mereka, beberapa persoalan pokok di dalam falsafah Islam seperti teori ilmu pengetahuan, ketuhanan, alam tabi’e, akhlak, politik, kemasyarakatan dan perbandingan dengan falsafah Yunani.
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya
    • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
    • Warganegara Malaysia

(Pemohon-pemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kemasukan di atas akan dipertimbangkan melalui sesi temuduga)

    • Kursus dijalankan secara separuh masa selama 4 bulan bagi satu modul iaitu 32 jam kuliah keseluruhannya.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

  • Tempat Kuliah : TAJ International College, Ipoh
  • Masa Kuliah : Sabtu / Ahad
    • Yuran bagi setiap modul adalah RM371.00/modul.(*Termasuk 6% GST)
    • Nota kursus disediakan.

Tertakluk kepada perubahan semasa

FAEDAH

Setelah tamat kursus ini kami yakin peserta mampu untuk :

  • Membezakan antara kesucian agama Islam dengan ideologi-ideologi dan isme-isme yang lain.
  • Memahami hukum-hakam fiqh dan menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat berkaitan hukum Islam semasa.
  • Melahirkan peribadi unggul, berintegriti, jujur dan amanah serta menjauhi perilaku dan sikap yang negetif.
  • Menjadi individu yang mampunyai pandangan yang kritis dan menerima perbezaan pendapat terutamanya perkara yang melibatkan perbezaan mazhab.
  • Menjadi pendidik dan pendakwah dalam masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti kepada negara.
Register Now!