Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)

Penerangan Program

Ijazah Pendidkan adalah kelayakan professional untuk graduan yang ingin bekerja dalam arena pendidikan. Kursus ini juga mampu memenuhi keperluan industri-industri lain yang memerlukan disiplin pendidikan dalam perjalanan pekerjaan harian. Kursus ini dapat menyediakan graduan yang berkelayakan dan professional dalam pelbagai bidang seperti linguistik, perdagangan, kaunseling, matematik dan sebagainya.

 

Syarat kemasukan

  • lulus STPM / A Level dengan mendapat lulus minimum dua (2) subjek atau CGPA 2.00; atau
  • lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Jayyid; atau
  • Diploma atau setaraf dengan mimimum CGPA 2.00; atau
  • Matrikulasi / Asasi / kelayakan setaraf dengan minimum CGPA 2.00; atau
  • Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya gred B dalam 5 subjek; atau
  • Lain-lain kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

 

 

Prospek Kerjaya

  • Pensyarah di institusi pengajian awam dan swasta.
  • Guru sekolah (awam, swasta atau antarabangsa)
  • Bidang pelancongan
  • Bidang penyiaran
  • Penyunting
  • Penterjemah skrip untuk rancangan televisyen
  • Penulis dan Penerbit buku
  • Wartawan
  • Tema permainan kanak-kanak
  • Bidang pengkilanan
  • Pengurusan organisasi
  • dan pelbagai bidang yang lain.

 

Testimoni

Β 

  1. SHARMILA A/P SUBRAMANIAM
  • Selaku pelajar di TIC. saya telah didedahkan secara meluas dalam disiplin pendidikan yang membantu saya untuk menjadi seorang pendidik pada masa hadapan. Kursus yang ditawarkan secara teori dan amali mempermudahkan saya untuk lebih memahami bidang pendidikan yang ingin saya ceburi ini.

 

  1. Nurul Hidayah Mazalan

 

Program Ijazah Pendidikan di TIC memenuhi keperluan semasa yang mewajibkan para graduan untuk mahir dalam pelbagai bidang. Ia dapat membantu saya dalam bidang kerjaya yang meluas.