CERAMAH SEMPENA ISRAK & MIKRAJ OLEH DATUK USTAZ KAZEM ELIAS DI TIC

13221699_1045935598830907_2740601827597149552_n

10 MEI 2016
TAJ International College (TIC) sekali lagi menganjurkan sebuah majlis ilmu yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Kali ini TIC telah mengundang Datuk Ustaz Kazem Elias (DUKE) bagi menyampaikan ceramah bersempena dengan Israk & Mikraj baru-baru ini.

Bersandarkan tajuk “Anugerah Terulung Untuk Nabi Terulung”, DUKE telah menyampaikan ceramah di Dewan Bankuet TIC dengan amat berkesan. Antara nasihat yang beliau sampaikan adalah agar mengingati dan mencintai ALLAH SWT terlebih dahulu sebelum mencintai sesama insan. Beliau turut mengatkan para hadirin agar menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Selain dihadiri oleh para penyarah dan staf TIC, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswa TIC, pelajar-pelajar Pusat Pendidikan Al-Barakah, kumpulan ibu tunggal, pengetua sekolah, guru-guru, ketua kampung serta dari industri perniagaan. Majlis ini disudahi dengan jamuan dan solat Maghrib secara berjemaah.