KARNIVAL KERJAYA & PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK 2016

DSC_2186

Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak telah mengadakan Karnival Kerjaya & Pendidikan Daerah Hilir Perak. karnival yang hebat ini telah berlangsung pada 4 Mei 2016, bertempat di Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Dianggarkan lebih 30 institusi pengajian tinggi telah terlibat menjayakan karnival ini, termasuklah TAJ International College (TIC). Kehadiran pelajar-pelajar SPM dan STPM 2016 sekolah-sekolah menengah di daerah Hilir Perak turut memeriahkan karnival ini.

Pelajar-pelajar dari SMK Khir Johari, SMK Sultan Abdullah, SMk Hutan Melintang dan lain-lain turut hadir dan berjumpa dengan perunding pendidikan TIC bagi mendapatkan khidmat nasihat secara percuma. Pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM ini telah diberi penerangan mengenai pilihan yang harus dilakukan bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Karnival yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 petang ini turut dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, Tuan Haji Sulaiman Samsudin. Majlis Guru Kaunseling Daerah Hilir Perak telah membuktikan kehebatan mereka dalam penganjuran program berimpak besar.
Pengambilan pelajar sesi Ambilan Jun 2016 bagi program Sijil, Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma TIC, serta program Ijazah UNITAR Perak Regional Centre kini sedang dibuka. Layari www.tic.edu.my untuk keterangan lanjut.