Proficiency in Al-Quran Recitation (Kemahiran Membaca Al-Quran)

PENGENALANSTRUKTUR KURSUSPERINGKATSYARAT KEMASUKANJADUAL PROGRAMYURAN PENGAJIAN
Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kursus persijilan ini terbuka kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami al-Quran al-Karim.

Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada pengenalan dan asas membaca al-Quran. Bagi peserta yang langsung tidak boleh membaca al-Quran, peringkat ini amat sesuai kerana peserta akan diajar bermula dari mengenal huruf dan mengeja. Seterusnya penekanan terhadap kemahiran membaca termasuk kelancaran bacaan dan dapat mengenal pasti tempat hukum tajwid dalam bacaan. Pada peringkat akhir, penekanan diberikan kepada ilmu Tajwid yang akan mendedahkan peserta dengan lebih mendalam juga termasuk hafazan surah-surah lazim. Sepanjang program ini, peserta akan diajar dan dibimbing secara praktikal beserta latihan-latihannya.

Nota pengajaran disediakan dan diajar oleh para pensyarah yang pakar. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan kelancaran bacaan al-Quran di samping mengetahui dan menguasai ilmu-ilmu Tajwid pada masa yang sama.

OBJEKTIF
Memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran, makhraj dan sifat-sifatnya yang betul, hukum -hukum tajwid Al-Quran serta ilmu Tarannum Al-Quran kepada masyarakat awam. Membimbing masyarakat membaca Al-Quran dengan fasih dan betul.

Kursus ini ditawarkan dalam 3 Peringkat (Peringkat 1, Peringkat 2 dan Peringkat 3) yang berasingan. Peserta akan dibahagikan dan ditentukan kumpulan mengukut tahap pengetahuan dalam kursus melalui ujian penempatan. Kursus dijalankan secara separuh masa selama 6 bulan bagi satu peringkat iaitu 96 jam kuliah. Pengajian dikira mengikut sistem modular iaitu 32 jam bagi setiap modul. Tawaran dibuat untuk setiap peringkat. Peperiksaan akan diadakan setelah tamat satu-satu peringkat.
  • Peringkat 1 – Sijil Asas Kemahiran al-Quran
    1. Modul 1 | Pengenalan kepada huruf-huruf al-Quran. Peserta didedahkan dengan perkara-perkara asas dalam pembelajaran al-Quran iaitu pengenalan kepada huruf-huruf al-Quran dan tanda baris beserta bunyi yang betul (makhraj).
    2. Modul 2 | Peserta didedahkan dengan gabungan -gabungan huruf yang membentuk kalimah atau perkataan beserta dengan hukum-hukum asas seperti mad, idgham, izhar, dengung (ghunnah) dan lain-lain hukum asas.
    3. Modul 3 | Kesinambungan Modul 1 dan Modul 2. Peserta akan didedahkan dengan kalimah – kalimah al-Quran yang menbentuk ayat-ayat untuk dipraktikkan.
  • Peringkat 2 – Sijil Kemahiran al-Quran
  • Peserta dibimbing mempraktikkan bacaan pada surah-surah pendek dan panjang untuk memantapkan penguasaan bacaan mereka.

    1. Modul 1 | Surah-surah lazim: Surah an-Nas, sehingga al-Dhuha.
    2. Modul 2 | Surah-surah pilihan : Surah Yasin, al-Mulk, dan al-Insan dan lain -lain.
    3. Modul 3 | Surah al-Baqarah.
  • Peringkat 3 – Sijil Tajwid al-Quran
  • Peserta didedahkan dengan tajwid teori dan dilatih tubi dengan bacaan betul mengikut hukum-hukum tajwid secara mendalam.

    1. Modul 1 | Pengenalan ilmu tajwid beserta dengan makhraj dan sifat huruf.
    2. Modul 2 | Peserta didedahkan dengan hukum-hukum mad.
    3. Modul 3 | Peserta akan didedahkan dengan hukum wakaf dan ibtida’.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Warganegara Malaysia
  • (Pemohon-pemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kemasukan di atas akan dipertimbangkan melalui sesi temuduga)

    Kursus dijalankan secara separuh masa selama 4 bulan bagi satu modul iaitu 32 jam kuliah keseluruhannya.

    Jadual kelas adalah seperti berikut:

  • Tempat Kuliah : TAJ International College, Ipoh
  • Masa Kuliah : Sabtu / Ahad
  • Yuran pengajian sebanyak RM1,325 (Termasuk nota Kursus)
  • Yuran Ujian Penempatan RM10.60
  • *Yuran termasuk caj GST 6%

METODOLOGI KURSUS

Kursus ini ditawarkan mengikut tiga peringkat berasingan. Peserta akan dibahagikan dan ditentukan kumpulan mengikut tahap pengetahuan dalam kursus melalui ujian penempatan. Kursus dijalankan secara separuh masa semala 6 bulan bagi satu peringkat iaitu 96 jam kuliah. Pengajian dikira mengikut sistem modular iaitu 32 jam bagi setiap modul. Tawaran dibuat untuk setiap peringkat. Peperiksaan akan diadakan setelah tamat satu-satu peringkat.

Daftar sekarang!