Automotive Apprentice Certificate Program (AACP)

PENERANGAN PRORGRAMSYARAT KELAYAKANTEMPOH PENGAJIANPROSPEK KERJAYA

Program Automotive Apprentice Certificate Program (AACP) adalah hasil persefahaman diantara Industrial Professional Certificate (IPC) dan TAJ International College (TIC) yang merupakan rakan teknikal pendidikan bagi program Automotive Apprentice Certificate Program (AACP). Program ini merupakan kerjasama pintar dalam membangunkan program lanjutan automotif yang mana program-program yang dijalankan adalah berdasarkan konsep ‘industry driven’ dan ‘industry relevant’. Sasaran utama untuk program AACP ini adalah dikalangan pelajar lepasan PMR & SPM, pelajar yang mempunyai sijil daripada Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Malaysia Tahap Tiga, Giat Mara dan golongan bekerja.

  • Warganegara Malaysia;
  • Boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik

    Para pelajar AACP akan melanjutkan pengajian selama 6 bulan di TIC dan setelah tamat di TIC, para pelajar akan melanjutkan pengajian selama 3 bulan di IPC. Sebelum melanjutkan pengajian di IPC, para pelajar perlu melalui sesi temuduga bersama pihak IPC. Para pelajar akan diberikan penempatan pekerjaan setelah tamat pengajian.

  • Mekanik Automotif
  • Pembantu Bengkel

 

 

TAHUKAH ANDA?

MAI adalah pembuat dasar automotif di Malaysia dan ianya dibawah Ministry of International Trade and Industry (MITI). Program AACP adalah satu-satunya program gabungan antara IPTS iaitu TIC dan IPC. IPC adalah satu badan dibawah seliaan MAI. MAI adalah satu organisasi yang mengawal seluruh industri Automotif di Malaysia, oleh itu ia dapat menjamin kerjaya bagi setiap pelajar AACP di TIC.

 

Daftar sekarang!